花蝴蝶

Friday 30 November 2012

Learning Malay is Fun :)


          


Ada Ungu, ada merah jambu, ada............ banyak lagiiiiii!!!!!!!!

T E T A P I

BAHASA JIWA BANGSA

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang difahami seluruh rakyat negara Malaysia dan dalam aspek menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain, penggunaan satu bahasa adalah sangat PENTING.

Peranan atau kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu dapat dilihat apabila bahasa ini dijadikan bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara kita. Apabila bahasa ini digunakan maka bahasa Melayu dapat mengisi erti pendemokrasian pendidikan kerana sebahagian besar rakyat mendapat ilmu melalui satu bahasa sahaja. Apabila semua orang menggunakan bahasa Melayu sebagai ilmu maka jurang pendidikan dapat dielakkan kerana kita sudah mempunyai sistem pendidikan kebangsaan dan bukan sistem yang memisahkan jurang antara rakyat. 

Bahasa Melayu amat penting untuk mengeratkan perhubungan dalam pembinaan konsep kebangsaan dan kenegaraan yang dikenali sebagai Malaysia. Sesungguhnya, perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu amat penting untuk menyatukan roh bangsa, asas jati diri dan citra bangsa selain daripada untuk menyampaikan ilmu pengetahuan.


Xu An dan Yan Bo:
Kami berdua akan berusaha dengan gigih untuk mendapat A dalam mata pelajran Bahasa Melayu.
YEAH. YEAH.. YEAH...

Empat murid kesayangan saya:
Cikgu, mulai tahun ini kami berempat akan mula membuat persiapan awal sebelum UPSR.
Kami juga akan berusaha meningkatkan kemahiran menulis di bawah bimbingan cikgu.

老师,我也是!
"Rajin berusaha tangga kejayaan". 
Kami, 1, 2 dan 3 berjanji akan mempelajari teknik-teknik menjawab 
soalan-soalan kertas Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh tanpa 
menghampakan Cikgu Phan.

EMPAT PUTERI LILIN LAGI!
Kelas 5B,
 B O L E H ! 

Yeah!
NOTHING  IS  IMPOSSIBLE!

Kah Long, Chi Kean, Zhi Yang, Eric & Soo Teak:
Walaupun kami agak nakal, tetapi kami berjanji akan mendengar nasihat cikgu dan belajar Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh.
JANJI DITEPATI!!!


JANJI KAMI: 7A DALAM UPSR.
KELAS 5B, PASTI BOLEH!

Ceramah untuk Calon-calon UPSR



PowerPoint slide yang disediakan oleh sendiri.


Thursday 29 November 2012

Jenis-Jenis AYAT



Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. 

Ayat Perintah.
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Ayat contoh:
1) Berdiri di atas kerusi itu.
2) Ikat tali kasut anda dengan betul.
3) Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
4) Tolong angkat baju itu.
5) Mengucaplah banyak-banyak.
6) Sila jamu selera.
7) Syukurlah kamu sudah kembali.
8) Harap-harap hari tidak hujan.



Ayat Nafi.
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Ayat contoh:

1) Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
2) Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.



Ayat Tanya.
Ayat tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal.
Ayat contoh:

1) Tetamu sudah tib
2) Buah itu sudah masak?
3) Mereka hendak menolong kita?
4) Sudah tibakah tetamu?
5) Sudah masakkah buah itu?
6) Hendak menolong kitakah mereka?



Ayat Penyata.
Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan.
Ayat contoh:

1) Mereka berkumpul di padang sekolah.
2) Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu
3) Bangunan sekolah sudah tua.
4) Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.


                           
                       sumber: Youtube, Published on Sep 12, 2012 by 
                                           Bahagian Teknologi Pendidikan


Ayat Silaan.
Ayat silaan ialah untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan sesuatu. Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila.
Partikel -lah juga boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Ayat contoh:
1) Sila jawap surat ini sekarang
2) Silalah jawap surat ini sekarang. (Lebih lembut)



Ayat Permintaan.
Ayat permintaan bertujuan meminta sesuatu dan biasanya menggunakan kata perintah tolong dan minta.
Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan lagi ayat.
Ayat contoh:

1) Tolong bersihkan bilik darjah ini.
2) Tolonglah aku kali ini.



Ayat Seruan.
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya. Diakhiri dengan tanda seru ( ! ) Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Ayat contoh:
1) Amboi, cantiknya baju kamu!
2) Aduh, sakitnya perut aku!
3) Oh, dia sudah pergi ke sekolah !


Ayat Tunggal.
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Ayat contoh : 

1) Lelaki gemuk itu sedang menembak burung.


Ayat Majmuk.
Ayat Majmuk adalah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
Ayat contoh : 
A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )