花蝴蝶

Tuesday 4 December 2012

Mari Belajar Suku Kata


Sumber: Youtube, Uploaded by  

Lagu ABC adalah menjadi ASAS UTAMA dalam mengenalkan abjad dan suku kata. Kaedah Lagu ABC adalah berpandukan pembacaan iqra dan abjad yang berulang-ulang supaya murid tidak melupakan abjad yang dipelajari.

Proses mengenal diikuti dengan membentuk abjad. Teknik penulisan yang betul diperkenalkan agar tulisan murid baik, cepat dan kemas.

Selain itu, bahan seperti kad abjad, kad surih abjad dan kad suku kata juga perlu disediakan dalam perlaksanaan program memperkuasai Suku Kata.

Jadual Suku Kata 


Kaedah Mengajar Suku Kata:
1. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal.
2. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.
3.Dalam Bahasa Melayu, Terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil Suku kata Terbuka.
4. Suku kata yang laian adalah Suku Kata Tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan. Bbebrapa jenis suku kata:
(a)Kata tunggal satu suku kata. Contoh: K+V+K
(b)Kata tunggal dua suku kata. Contoh: V+KV (ibu, ela), V+VK (air, aib), V+KVK (adat, emas), VK+KV (anda, muda), VK+KVK (untuk, entah), KV+KVK (bukan, dekat)
(c)Kata tunggal tiga suku kata. Contoh: KV+V+KV (biasa, cuaca), KV+V+KVK (kaedah)
(d)Kata tunggal empat suku kata. Contoh: KV+KV+KV+KV (panorama)

Guru perlu memperbetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan. Proses ini diulang sehingga murid-murid boleh mengenalpasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar.


Suku Kata dengan Sebutan yang betul
Sumber: Youtube , Uploaded by 



Belajar Sambil Bermain  
Sumber: Youtube, Uploaded by 

Simpulan Bahasa




Simpulan bahasa ialah kata-kata ringkas atau perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata.

Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.





Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:


Simpulan Bahasa
Maksudnya
ada anginberkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hatimempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air mukarupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayamtidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakatmempunyai tokoh atau perwatakan
alas perutmakanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkatanak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapaanak yang disayangi oleh bapa
anak buahorang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emasanak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kakimeninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas anginnegara-negara di sebelah barat
atas pagartidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatanorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasarbahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulutorang yang banyak bercakap
batu apiorang yang suka menghasut
batu loncatansesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacangtali persaudaraan yang jauh
bawah anginnegara-negara di sebelah timur
bekas tanganhasil kerja tangan seseorang
beralih akalberubah fikiran atau pendapat
beralih anginpergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hatienggan; malas
berat mulutpendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulangorang yang malas bekerja
berat sebelahtidak berlaku adil
berbelah bagisukar untuk membuat keputusan
berhati batudegil dan sukar menerima nasihat
berhutang budipatut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka duatidak jujur
bertikam lidahbertengkar; berdebat
besar hatibergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepaladegil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hatiorang yang dikasihi atau dipuja
buah mulutsesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tanganhadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hat!bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk sikumengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hatitidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mataanak
cakar ayamtulisan yang buruk
campur tanganturut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalanberusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
cepat tangansuka mencuri
dalam tangansudah pasti akan diperoleh
darah daginganak kandung
durian runtuhkeuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji butamendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap matahilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga dirimaruah atau kehormatan seseorang
harga matiharga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batudegil atau keras hati
hidung tinggisombong atau tinggi diri
hilang akaltidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perutmenahan lapar kerana berjimat
iri hatimenyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hatiperasaan dalam hati
jalan buntutidak ada jalan penyelesaian
kacang hantuorang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayamtidak berkasut atau berselipar
kaki bangkutidak berkebolehan bermain bola
kaki botolsuka minum minuman keras
kecil hatiberasa tersinggung atau merajuk
kepala anginperangai yang tidak menentu
kepala batudegil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbangorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar anginberita yang belum tentu benarnya
langkah kananbernasib baik
langkah seribucepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabangkata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudungcepat membuat kerja
lintah daratmengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan anginbersiar-siar untuk berehat
makan suapmenerima rasuah
malu-malu kucingberpura-Aura malu di hadapan orang
mandi peluhbekerja kuat
mati katakmati dengan sia-sia
membabi butamelakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diritahu menjaga diri
membuka jalanmemberi laluan kepada orang lain
membuka tembelangmenceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otakterlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diritidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalanberusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci matagembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hatilucu; menggelikan hati
mengabui matacuba memperdaya; menipu
mengadu dombamemperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil anginbersiar-siar untuk berehat
mengambil beratmemberi sepenuh perhatian
mengambil hatidapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakatlatihan untuk mengembangkan bakat
muka temboktidak berasa malu
mulut muraikuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayantidak dapat menyimpan rahsia
murah hatisuka bederma; tidak kedekut
naik anginterlalu marah
nyawa-nyawa ikanhampir-hampir mati
orang atasanorang yang berpangkat tinggi
otak cairpintar atau bijak
otak keringkurang siuman
otak udangbebal atau bodoh
paku belandabarangan yang tetap harganya
panas hatimeradang atau marah
panjang tangansuka mencuri
pasang telingamendengar dengan teliti
pekak badakkurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulutmakanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulutpertengkaran
pilih kasihmemberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukurperempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilintidak tahan terkena panas matahari
putih hatiikhlas; jujur
putih matamengalami kekecewaan
rabun ayampenglihatan yang kurang jelas
rambang matasukar membuat pilihan
ringan tangansuka membuat kerja: menolong orang
sampai hatitergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarangmembuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbukamenyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jeringorang yang kedekut
tawar hatitidak mempunyai minat lagi
tebal mukatidak tahu malu
telinga kualitahan hati menerima kemarahan
telinga lintahtajam pendengaran
telinga nipiscepat marah atau meradang
terang hatimudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayamtidur yang tidak nyenyak
tin kosongbercakap besar tanpa ilmu
titik peluhhasil usaha yang bersungguh-sungguh

Friday 30 November 2012

Learning Malay is Fun :)


          


Ada Ungu, ada merah jambu, ada............ banyak lagiiiiii!!!!!!!!

T E T A P I

BAHASA JIWA BANGSA

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang difahami seluruh rakyat negara Malaysia dan dalam aspek menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain, penggunaan satu bahasa adalah sangat PENTING.

Peranan atau kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu dapat dilihat apabila bahasa ini dijadikan bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara kita. Apabila bahasa ini digunakan maka bahasa Melayu dapat mengisi erti pendemokrasian pendidikan kerana sebahagian besar rakyat mendapat ilmu melalui satu bahasa sahaja. Apabila semua orang menggunakan bahasa Melayu sebagai ilmu maka jurang pendidikan dapat dielakkan kerana kita sudah mempunyai sistem pendidikan kebangsaan dan bukan sistem yang memisahkan jurang antara rakyat. 

Bahasa Melayu amat penting untuk mengeratkan perhubungan dalam pembinaan konsep kebangsaan dan kenegaraan yang dikenali sebagai Malaysia. Sesungguhnya, perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu amat penting untuk menyatukan roh bangsa, asas jati diri dan citra bangsa selain daripada untuk menyampaikan ilmu pengetahuan.


Xu An dan Yan Bo:
Kami berdua akan berusaha dengan gigih untuk mendapat A dalam mata pelajran Bahasa Melayu.
YEAH. YEAH.. YEAH...

Empat murid kesayangan saya:
Cikgu, mulai tahun ini kami berempat akan mula membuat persiapan awal sebelum UPSR.
Kami juga akan berusaha meningkatkan kemahiran menulis di bawah bimbingan cikgu.

老师,我也是!
"Rajin berusaha tangga kejayaan". 
Kami, 1, 2 dan 3 berjanji akan mempelajari teknik-teknik menjawab 
soalan-soalan kertas Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh tanpa 
menghampakan Cikgu Phan.

EMPAT PUTERI LILIN LAGI!
Kelas 5B,
 B O L E H ! 

Yeah!
NOTHING  IS  IMPOSSIBLE!

Kah Long, Chi Kean, Zhi Yang, Eric & Soo Teak:
Walaupun kami agak nakal, tetapi kami berjanji akan mendengar nasihat cikgu dan belajar Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh.
JANJI DITEPATI!!!


JANJI KAMI: 7A DALAM UPSR.
KELAS 5B, PASTI BOLEH!

Ceramah untuk Calon-calon UPSR



PowerPoint slide yang disediakan oleh sendiri.


Thursday 29 November 2012

Jenis-Jenis AYAT



Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. 

Ayat Perintah.
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Ayat contoh:
1) Berdiri di atas kerusi itu.
2) Ikat tali kasut anda dengan betul.
3) Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
4) Tolong angkat baju itu.
5) Mengucaplah banyak-banyak.
6) Sila jamu selera.
7) Syukurlah kamu sudah kembali.
8) Harap-harap hari tidak hujan.



Ayat Nafi.
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Ayat contoh:

1) Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
2) Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.



Ayat Tanya.
Ayat tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal.
Ayat contoh:

1) Tetamu sudah tib
2) Buah itu sudah masak?
3) Mereka hendak menolong kita?
4) Sudah tibakah tetamu?
5) Sudah masakkah buah itu?
6) Hendak menolong kitakah mereka?



Ayat Penyata.
Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan.
Ayat contoh:

1) Mereka berkumpul di padang sekolah.
2) Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu
3) Bangunan sekolah sudah tua.
4) Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.


                           
                       sumber: Youtube, Published on Sep 12, 2012 by 
                                           Bahagian Teknologi Pendidikan


Ayat Silaan.
Ayat silaan ialah untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan sesuatu. Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila.
Partikel -lah juga boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Ayat contoh:
1) Sila jawap surat ini sekarang
2) Silalah jawap surat ini sekarang. (Lebih lembut)



Ayat Permintaan.
Ayat permintaan bertujuan meminta sesuatu dan biasanya menggunakan kata perintah tolong dan minta.
Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan lagi ayat.
Ayat contoh:

1) Tolong bersihkan bilik darjah ini.
2) Tolonglah aku kali ini.



Ayat Seruan.
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya. Diakhiri dengan tanda seru ( ! ) Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Ayat contoh:
1) Amboi, cantiknya baju kamu!
2) Aduh, sakitnya perut aku!
3) Oh, dia sudah pergi ke sekolah !


Ayat Tunggal.
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Ayat contoh : 

1) Lelaki gemuk itu sedang menembak burung.


Ayat Majmuk.
Ayat Majmuk adalah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
Ayat contoh : 
A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )